Tuesday 1 July 2014

Sarawak, July 2013

Assalamualaikum...


Harini, genap setahun dilantik dan di'posting'kan ke Sarawak..


Hmm,rasa macam baru je lagi, Alhamdulillah Julai 2013 di Sarawak. Julai 2014 di Perak, dekat dengan husband and family... Syukur syukur Alhamdulillah :)..


Dulu, sebelum ke Sarawak, masih PJJ or weekend husband and wife.. lepas tu pulak, dihantar jauh dari husband dan family, kemudian first time puasa as a husband & wife tapi sorang di Sarawak,sorang lagi kat KL.. sedihnya masa tuu.. sedih jugak sebab sorang2 jauh dari family.


Tapi sape sangka nikmat Allah tu, dipermudahkan rezeki 'pulang' balik kesini...


Kalau dulu,menangis sebab jauh dan keadaan masa tu.. sekarang, boleh rindu pulak dengan kenangan kenangan dan keadaan keadaan tu..


Ape2 pun,ada hikmah sebalik semua tu. Ade jugak rase teringin nak kesana balik,bawak family jalan2 and tengok tempat orang mungkin. Insyaa Allah...

Friday 23 May 2014

Baju Raya yang cantik.





Assalamualaikum & hi



Inshaa Allah, kalau dipanjangkan umur berjumpa la lagi kita dengan bulan Ramadhan. Inshaa Allah,aamiin..

Kalau sampai je bulan ramadhan ni or senang cakap bulan pose lah,rasanya mesti semua orang suka bulan pose..rasa macam besttt je kan.. Terutama bab ibadah, yang keduaaaa...hmm aku tau, korang semua suka part Hari Raya tu kan,kan?

Time raya lah kalut nak melaram baju cecantik,rumah pon nak join bab melaram jugak oii,tapi of course la time raya la pon sedara mara kengkawan jiran jiran datang bertandang ke rumah. Eratkan balik silaturrahim. Penting kat anak anak so that diorang bole kenal sedara mara jiran or kengkawan parents and family,and many more lagi lah (selepas many more perlu ye kita tambah 'lagi' disitu  T_T )

Okeh, skip merapu. Yang sebenarnya,nak share siket siket antara pesen pesen raya khas untuk korang melaram masa hari raya nanti..cekidautt..


Nombor Satuu! Tadaa.... from Hana Bella ...



Bukan kata pakai Raya, kot kot ada yang nak bertunang ke nikah ke, ponn boleh pakai tau. ada jugak warna putih. Suci :)



Cantik tak, cantik tak... Owhhh sukanyaaaaa....















pandangan belakang. auww comei ada ribbon... Akceli ada few colours lagi, bolehla explore page diorang untuk info lebih lanjut..ngehehee....




Okay, again...Hana Bella



Cantek. Menitis air mata tengok. Kurung moden and Tutu Skirt ni pun ada banyak pilihan warna lagi.




Emily Dress from Hana Bella





Nombor Dua.... Zawara




Photo: Salam ladies! kepada yang belum sempat grab ALICIA SEQUIN Princess Cut Dress boleh SERBU semua ZAWARA outlets ya! Harga sangat-sangat cun RM 119 saja! 

P/S: Kepada yang dah buat order online dan tertunggu-tunggu parcel dari kami, semua order anda kami dah process :) Maaf di atas kelewatan :'( 

www.zawara.com







Zawara pon ada jugak sediakan baju / dress yang korang boleh pakai untuk tunang , nikah bla bla bla... 

kita suka yang nombor satu tu T_T
Ada banyakkk design lagi sebenarnya, lebih lanjut silakan ke paga Zawara ye.






Nombor Tiga... Sapa tak kenai Jovian Mandagie kannnn.....



Serious, cantik la.








Photo: Meet Coco #Ginna Black and Coco #Ginna White from the new #CocobyJovian! Coco #Ginna Black is mysterious and classy and Coco #Ginna White is elegant and demure! Which is your favourite #Jovianistas? These beauties are available for pre-order at #Jstore - No 112, Jalan Maarof, 59100 Bangsar, KL.. 03-20930112. #jovianrtw #jovianraya2014



Nombor Empat.. inspired by Prada Lace ;)





Cadang cadang nak beli prada lace buat baju camni.... tapi, dah tak sempat :(









Ok tu jelah.  Bye.. :)

Monday 19 May 2014

16 Mei 2014 - Selamat Hari Guru!!

Assalamualaikum & hye...




This year officially aku sambut Hari Guru, hihi... Oh, for those yang tak tau, aku ialah seorang Cikgu. Ngeee.... Baru macam tersedar sebenarnya, e'ehh...kali pertama aku sambut hari guru lah.


Tahun 2012 tu ade lah time praktikal pernah sambut sekali, tapi masa tu macam cakap dalam hati ( kau cekgu praktikal je Linda oiii, toksah berangan!).
Tapi, walaupoonnnn iolss ni cekgu praktikal je time tu tapi join sekali sambutan meriah bak hang, dapat banyak hadiah pulak tu, , I was segan uolss...... sapela daku...


Cerita tahun ni. Malam sebelum Hari Guru dah dapat mesej wish Hari Guru yang pertama. Pergghh!! macam nak sambut besday pulak. Of course la MAK orang pertama itteww. Lepas tu baru la adik beradik, ipar2 & kengkawan. Thanks korang! Malu tau ^.^


So, kat sekolah pun ada buat sambutan. Ade la siket majlis nak meraikan cekgu cekgu ni haa... Macam biase, tiap kali Hari Guru WAJIB cekgu ni semua nyanyi Lagu Guru Malaysia.



Lagu glamer dari masa jadi budak sekolah sampai jadi cekgu budak sekolah..Tak sangka, dulu senyum senyum tengok cikgu nyanyi. Sekarang aku pulak segan segan nyanyi depan murid ;)




Taktaula nak kata terlebih poyo ke terlebih menghayati ke perasann segan ke.. sebak pulop kite time nyanyi tuh... E'eh, apehal mata berair ni, janganla buat malu, ramai orang kott...


Seriously, rasa macam tak layak jeee nak diraikan pada Hari Guru ni. Yela, sebab pertama baru posting tak sampai setahun, dalam diri tu still rasa eh apa sangatla yang aku dah buat kan.


Pastu sebab baru je jadik cikgu, dan fikir jugak sepanjang yang tak sampai setahun ni, betul2 ke aku dah jalankan amanah dan tanggungjawab aku? sampaikan ke ilmu yang aku bagi? bermanfaat ke ilmu aku tu? murid murid praktikkan ke ape yang aku ajar? dan lebih penting, diorang ingat ke apa yang aku ajar???


Masa belajar DPLI dulu, lecturer selalu pesan. Jadi cikgu ni memang kerja yang sangat mulia, banyak pahala. Tapi, senang jugak masuk neraka. Allah. yela aku simple kan, kalau dah kau tak ikhlas, sambil lewa, tak ajar betul betul, bagi ilmu salah. memang bertingket tingket la dosa kau dapat.


Dengar macam tu, senangla cakap. "Akan cuba menjadi cikgu yang terbaik, bla bla bla..." Tapi, bila in reality memang banyak sangat cabaran. Macam macam, terutama dengan bebudak zaman sekarang, kuss semangat. Memang sangat sangat sangat besaaarrrr cabarannya. Kalau  sesapa nak jadik cikgu tolonglah, selain minat dan ilmu.. KESABARAN itu amat penting ye.



Teringat pulak masa sambutan Hari Guru haritu, before masuk dewan ade lah sorang murid ni. Datang and duduk sebelah masa dalam kelas. Dia cakap ' haiyyaaa no good, no good.. apa mau masuk dewan? sambut hari guru? no good no good...' Then aku ni tanyelah kenapa no good?... Aiyyaa awak semua aaa duduk sana happy happy main main, dapat hadiah... Saya buat apa? Duduk tengok saja... aiyyaa buat apa mau hari guru.."

 T.T





p/s: PASSION & PATIENCE